Perak Hari Ini

JELAS : Kenapa Zambry Nafi?

IPOH : Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang dilihat seolah-olah tidak mengetahui mengenai kewujudan projek Lebuhraya Jelapang-Selama-Batu Kawan (JELAS).

Pengerusinya , Asmuni Awi berkata, Zambry sebelum ini telah mengumumkan projek tersebut beberapa kali termasuklah di Majlis Jamuan Rakyat Peringkat Daerah Kecil Selama pada 17 Julai 2010.

Malah, kata Asmuni lagi, Zambry juga telah menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara syarikat yang menguruskan projek tersebut iaitu Beta Mutiara Technologies (BMT) dengan ELAF Bank Bahrain.

“Bagaimana Zambry boleh mengatakan projek ini misteri sedangkan ia dalam pengetahuan beliau selaku menteri besar.

“Saya tak kata beliau tipu, saya anggap beliau lupa,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, Asmuni berkata, Zambry sepatutnya memberitahu perkara sebenar jika berlaku masalah di dalam projek JELAS itu dan bukannya menafikan kewujudan projek tersebut.

“Kami mengalu-alukan projek tersebut yang akan memberi manfaat kepada banyak pihak, beliau tidak sepatutnya menafikan.

“Beliau tidak sewajarnya cuba menutup perkara sebenar tentang isu ini. Saya harap Zambry bersifat amanah dalam menjelaskan dan memberi jawapan,”kata Asmuni.

Terdahulu, pada 21 Januari lalu, Zambry berkata, kerajaan negeri tidak pernah memberikan sebarang perakuan terhadap pelaksanaan projek lebuhraya yang menghubungkan Jelapang-Selama-Batu Kawan.

Projek lebuhraya dianggarkan bernilai RM 4.6 Bilion, ia dilengkapi dengan tiga lorong bagi setiap arah utara dan selatan.

Malah difahamkan sepanjang lebuhraya ini akan diletakkan pencahayaan jalanan LED yang dikuasakan oleh solar dan memiliki terowong sepanjang tiga kilometer yang melalui Gunung Bintang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");