Berita Hari Ini

JKR rugi RM185 juta jalan rosak ditenggelami air

ALOR GAJAH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM185 juta akibat kerosakan jalan ditenggelami air selepas kejadian banjir yang berlaku di dua buah negeri di pantai timur awal tahun ini.

Datuk Seri Dr. Roslan Md Taha, berkata, kerugian kerosakan itu melibatkan kejadian banjir fasa pertama dan membabitkan negeri Terengganu serta Kelantan bagi kerja-kerja selenggaraan kecil dan tidak melibatkan pembinaan struktur yang besar.

Bagaimanapun menurutnya, kos kerugian itu dijangka meningkat memandangkan banjir kini melalui fasa kedua dan ketiga yang turut melibatkan Negeri Perak dan Johor sejak kelmarin, namun JKR akan mengambil tindakan drastik dengan menggunakan peruntukkan yang sedia ada bagi membaik pulih kerosakan jala,menutup lubang dan sebagainya selepas banjir surut.

Katanya, jurutera-jurutera daerah dan JKR negeri yang terlibat juga sedang memantau dan akan mengemukakan jumlah kerugian di kawasan masing-masing selepas banjir pulih sebelum laporan jumlah keseluruhan kerugian itu dihantar ke Kerajaan Pusat bagi memohon peruntukkan tambahan selain peruntukkan penyelenggaraan yang dianggarkan bernilai RM 400 juta pada tahun ini.

“Kita akan ambil tindakan secara serta -merta khusus tindakan-tindakan kecil sebaik sahaja banjir surut, jika jalan rosak kita akan tutup dalam tempoh 24 jam untuk baik pulih.

“Sekiranya melibatkan satu jumlah peruntukkan yang besar kita akan bawa ke atas selagi boleh kita akan ambil tindakan di peringkat jabatan demi keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya.

Roslan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kecemerlangan Create di Dewan Create Melaka, Alor Gajah di sini hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");