Berita Hari Ini

JPN jelas isu video seks pelajar bukan isu baru

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Kelantan menjelaskan video perlakuan seks pelajar salah sebuah sekolah di negeri ini yang tular buat masa ini merupakan kejadian yang berlaku sekitar 2014.

Video terbabit pernah tular sekitar awal 2015 lalu dan pelakunya sudah pun diambil tindakan oleh pihak sekolah.

Pengarah JPN negeri, Jaafar Ismail berkata, pihak terbabit juga telah dibuang sekolah ekoran kes itu.

“Pihak JPN menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa selepas ia kembali tular dan mengharapkan perkara ini tidak lagi diperbesarkan dan menjadi isu.

“Kita harap pihak yang sengaja menyebabkan video itu kembali tular semula, turut diambil tindakan dan siasatan dapat dijalankan kepada pihak terlibat”katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Video berdurasi satu minit 27 saat di aplikasi WhatsApp itu mengandungi rakaman sekumpulan pelajar sekolah lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan yang tersebar sejak seminggu lalu dalam kawasan semak.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan Datuk Dr.Ab Rahman Ismail dalam sidang medianya semalam berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan jika ada pihak membuat laporan polis berkaitan penyebaran video berkenaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");