Jenayah

5,949 mesin judi dirampas

Serdang: Sebanyak 5,949 komputer yang dijadikan mesin judi dalam talian bernilai lebih RM634,000 dirampas di daerah ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, semua rampasan itu hasil operasi Op Dadu membabitkan 422 serbuan.

“Daripada 422 serbuan dijalankan, seramai 478 individu ditahan dengan rampasan 5,494 komputer yang dijadikan mesin judi dalam talian.

“Sebanyak 321 kes sudah dituduh di mahkamah, manakala 104 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh berkenaan,” katanya pada Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 1,312 komputer bernilai RM140,000 yang dirampas dalam serbuan bagi tempoh 2016 dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");