Isu Panas

Keluarga Anwar Nafi Hantar Wakil Berjumpa Saiful

SHAH ALAM : Anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar menafikan keluarganya menghantar wakil untuk membuat permohonan maaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan memintanya membuat pengampunan diraja bagi membebaskan bekas ketua pembangkang itu.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkata, tindakan Mohd Saiful memfitnah bapanya dalam kes liwat sebelum ini sudah cukup memberi kesan yang mendalam kepada keluarganya.

“Jelas bahawa Mohd Saiful telah memfitnah bapa saya sehingga kami sekeluarga menderita dengan tindakannya itu. Kisah al-Quran menggambarkan Nabi Yusuf AS minta dibersihkan daripada fitnah.

“Justeru, Anwar wajar dibebaskan atas pengakuan fitnah dari Saiful. Permohonan pengampunan diraja buat Anwar hanyalah berdasarkan prinsip keadilan yang diketepikan dalam penghukuman terhadap beliau,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar membuat kenyataan bahawa dia telah didatangi individu yang didakwa sebagai kenalan rapat Anwar.

“Beliau atas kapasiti peribadi mohon maaf dari saya kerana selama ini telah menyerang dan tidak mempercayai dakwaan saya.

“Beliau juga mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar dari Yang di-Pertuan Agong agar Anwar dibebaskan tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya,” katanya yang dipetik dari kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");