Isu Panas

Kenyataan Tun M bimbangkan pelabur China – GERAKAN

KUALA LUMPUR: Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad kerana terlalu berpolitik sehingga sanggup mengorbankan kepentingan ekonomi negara.

Katanya, tindakan bekas Perdana Menteri yang mempolitikkan projek Forest City boleh menimbulkan kebimbangan pelabur dari China untuk melabur di situ dan menarik balik pelaburan mereka.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata pemimpin tidak seharus terlalu bermain politik yang boleh menjejaskan pendapatan negara.

“Nampak PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dalam proses cuba untuk mendapatkan undi, bercakap tentang isu yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

“Hanya kerana mereka mahu menjadi wira, mereka menakut-nakutkan orang seperti mengatakan orang China yang datang dan melabur di Johor akan diberi kewarganegaraan.

“Anda boleh bermain politik tetapi tidak membelakangkan kepentingan negara,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan mesra Tahun Baharu Cina di Pasar Desa Jaya, di sini, hari ini.

Siew Keong diminta mengulas tindakan Dr Mahathir berhubung dakwaannya bahawa Forest City akan memberi kewarganegaraan kepada rakyat China.

Siew Keong turut menyuarakan kebimbangannya, tindakan Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM dan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, boleh menyekat pelaburan dari China.

Katanya, ini kerana pengguna internet di China mula mempersoalkan keperluan mereka melabur di Malaysia.

“Ada blog (di China) mengatakan bahawa Malaysia tidak menyambut pelabur China dan ini akan memberi kesan kepada Malaysia.

“Ini kerana pemimpin pembangkang terlalu mengkritik keputusan kerajaan untuk membawa masuk pelaburan dari gergasi ekonomi China,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");