Berita Hari Ini

Pejabat Tourism Malaysia Seluruh Negara Tutup Serta-Merta

KUALA LUMPUR:Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,menjelaskan bahawa
semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara, ditutup berkuat kuasa serta-merta.

Memetik sumber Berita harian, penutupan itu bertujuan bagi mengelak pertindihan bidang kerja promosi yang turut dijalankan di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) masing-masing.

Tambahnya lagi setiap negeri mempunyai pejabat pelancongan di kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh EXCO pelancongan masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian akan mewujudkan pusat penerangan pelancongan mengikut wilayah yang akan dibuka di Pulau Pinang bagi kawasan utara, Terengganu (pantai timur), Johor (selatan) dan masing-masing di Lapangan Terbang Kuching dan Kota Kinabalu, serta-merta.

“Kita berasakan setiap negeri bersungguh-sungguh menganjurkan promosi pelancongan di negeri masing-masing dan ia lebih baik apabila pejabat ini (Tourism Malaysia) ditutup tanpa membuang pekerja sedia ada.

“Dengan penutupan ini juga, kita berupaya menjimatkan kos sehingga RM6 juta setahun,” katanya selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina dan ulang tahun pertama Freeport A Famosa, Melaka pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");