Berita Hari Ini

Kerajaan jaga kebajikan 1 juta pekebun – Siew Keong

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan terus berusaha mengukuhkan sumbangan industri komoditi negara kepada eksport dan memastikan kestabilan harga agar lebih sejuta pekebun kecil di seluruh negara meraih pendapatan stabil.

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata kementeriannya yakin langkah strategik disusun atur sepanjang tahun ini berupaya mengekalkan momentum pertumbuhan industri komoditi negara meliputi produk sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf.

Katanya, pada tahun ini kementeriannya menyasarkan pertumbuhan pendapatan eksport dari lima hingga lapan peratus dengan mengukuhkan syer pasaran sedia ada.

Selain itu, katanya, sasaran tertumpu kepada penerokaan pasaran, termasuk melalui rundingan perdagangan bebas dengan Iran dan meninjau pasaran baharu di negara Asia Barat dan Eropah Selatan.

Katanya, usaha berterusan juga akan dilakukan dengan tumpuan pelaburan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) ke arah penghasilan produk hiliran bernilai tambah tinggi baharu dan pemantapan produk sedia ada yang diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing produk komoditi negara di pasaran global.

“Tahun 2017 juga adalah tahun istimewa bagi Malaysia yang akan menyambut ulang tahun ke-100 pengkomersialan tanaman sawit negara. Untuk tempoh 100 tahun yang lalu, industri ini terbukti menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara dengan penyediaan pelbagai peluang pekerjaan, pembangunan aktiviti perindustrian di peringkat huluan, pertengahan serta hiliran dan pelaburan sama ada dalam dan luar negara.

“MPIC akan terus berusaha untuk mengukuhkan lagi industri sawit ini supaya sumbangannya kepada negara akan terus kekal penting dalam tempoh 100 tahun akan datang,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2017 peringkat kementeriannya, hari ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");