Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Komited Bangunkan Pekan Kecil di Perak

BAGAN DATUK: Kerajaan negeri komited membangunkan pekan-pekan kecil di negeri Perak termasuk di daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, usaha itu bagi memastikan  supaya agihan pembangunan dapat dirasai bukan hanya di bandar tetapi juga di luar bandar.

Ujarnya, ia juga akan mengambil kira kawasan yang jauh di pendalaman yang tidak mempunyai prasarana utama.

“Maka kita guna pendekatan strategik dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk membina kawasan-kawasan pekan kecil ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pelan tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020 di Dewan Hajjah Tuminah di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah merancang dan melaksanakan sebanyak 48 pekan kecil di seluruh negeri ini.

“Sehingga kini, kita telah melengkapkan 10 pekan kecil dan yang terbaru saya telah buat lawatan di pekan kecil Amanjaya di Bagan Datuk.

“Tahun ini dijangka 10 pekan kecil lagi bakal dibangunkan dan saya harapkan setiap tahun kita akan laksanakan dan mungkin ada pertambahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Jelasnya, pembangunan pekan kecil tersebut bukanlah bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada menyeimbangkan dan menagihkan nikmat pembangunan bukan hanya tertumpu di bandar-bandar utama atau besar tapi juga di kawasan luar bandar.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga memberi perhatian terhadap kemudahan telekomunikasi di kawasan-kawasan pekan kecil dan luar bandar.

Katanya, pihak yang bertanggungjawan perlu menyediakan prasarana komunikasi yang terkini sekiranya mahu maju kehadapan khususnya melibatkan dunia digital.

Justeru itu, beliau telah meminta supaya pihak peneraju telekomunikasi agar dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan penembusan jalur lebar berkenaan dapat dilaksanakan terutamanya di kawasan luar bandar termasuk di Bagan Datuk, pulau dan kawasan pinggiran.

“Kita harap mereka dapat ikut apa yang kita gagaskan untuk keperluan masyarakat dan mereka sebagai peneraju perlu menyediakan prasarana ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");