Panasnya Hari Ini

PAS Tidak ‘gentleman’

KUALA LUMPUR:Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan tindakan Pas yang memilih untuk tidak menghadiri majlis pelancaran parti Bersatu Ahad lalu, sebagai tidak gentleman.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, sebagai sebuah parti yang memetingkan demokrasi, Pas sewajarnya menyambut baik kelahiran Bersatu yang ingin bersama-sama dalam perjuangan di dalam Pakatan Harapan.

“Kenapa dalam majlis bagi meraikan sebuah parti baru, mereka (Pas) tak sudi untuk hadir sedangkan Bersatu amat menghormati Pas selama ini?

“Saya percaya kalau Pas hadir sekali pun dalam majlis itu, kedudukan kerusi mereka tidak akan ditempatkan bersama dengan Amanah dan DAP,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan parti Islam itu untuk tidak menyertai majlis pelancaran Bersatu dibuat berikutan kehadiran Amanah dan DAP dalam majlis sama.

Mengulas perkara itu, Anuar menyifatkan bahawa ruang kerjasama di antara Pas dan Pakatan Harapan akan menjadi lebih sukar selepas ini.

“Pas dilihat mula bermain dengan masa supaya melewat-lewatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Jika kerjasama ini masih tertangguh, ia akan merosakkan strategi rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan sendiri malah hanya memberi keuntungan kepada BN,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, Amanah meletakkan tempoh sehingga akhir Januari ini sahaja untuk Pas membuat keputusan muktamad sama ada ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan ataupun tidak.

Ujarnya, sekiranya masih tiada keputusan daripada Pas, Amanah melihat kerjasama Pakatan Harapan dengan Pas tidak lagi diperlukan berikutan ia hanya akan merosakkan strategi bagi menumbangkan Umno dan BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");