Berita Hari Ini

Larangan polistirena: Kuatkuasa Jun 2017

IPOH – Perak akan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan bekas polistirena sepenuhnya di seluruh negeri mulai Jun 2017.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, larangan ini tertakluk kepada semua jabatan, agensi kerajaan, orang awam, pasar raya dan premis perniagaan.

Menurutnya, pihaknya turut mendapat maklum balas positif daripada pembekal plastik yang kini beralih kepada plastik serta bekas makanan dari bahan yang mudah diurai secara semula jadi.

“Ada pembekal mempromosikan bahan-bahan yang dibuat di premis perniagaan misalnya kafeteria Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, tempat penjualan makanan dan sebagainya,” katanya.

Muhammad Amin berkata, sepanjang tempoh tersebut, peniaga digalakkan menyediakan jualan secara bufet atau di dalam bekas bahan mudah diurai.

Katanya, kerajaan negeri terus komited memberikan kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");