Jenayah

Lima nyaris maut kereta terjunam masuk cerun

PAKA: Pemandu dan empat penumpang termasuk dua kanak-kanak nyaris maut apabila kenderaan dinaiki terjunam masuk ke dalam cerun sedalam kira-kira lima meter di Jalan Santong, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kereta yang datang dari arah AMBS terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terjatuh ke dalam cerun yang terdapat anak sungai di bawahnya.

Bagaimanapun, kelima-lima mangsa bernasib baik kerana ketika kejadian, air sungai sudah surut dan kesemua mereka mengalami kecederaan.

Kelima-lima mereka kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");