Berita Hari Ini

Dana tambahan mangsa banjir

KOTA BHARU – Kerajaan negeri semalam meluluskan peruntukan tambahan hampir RM100,000 bagi membantu penduduk yang terlibat mahupun terkepung akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, bantuan tersebut diberikan dalam bentuk keperluan makanan.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini (semalam), kerajaan negeri telah luluskan RM3,000 untuk setiap Dun dan akan diagihkan kepada 26 Dun yang didaftarkan terlibat dengan banjir.

“Sebarang keperluan tambahan kita akan bincangkan berdasarkan keadaan semasa dan pihak lain boleh membantu,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan persekolahan kepada kakitangan sokongan kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim.

Mumtaz juga memberitahu, kerajaan negeri juga sebelum ini telah menyalurkan sebanyak RM300,000 untuk persediaan bekalan makanan di semua pusat pemindahan seluruh Kelantan.

“Makanan di pusat pemindahan kerajaan negeri yang bantu. Kerajaan Pusat pun sama-sama membantu untuk keperluan asas lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penekanan supaya persediaan banjir di setiap kawasan yang jarang ditenggelami banjir perlu dilakukan lebih awal.

“Ada juga kawasan yang tidak banjir sebelum ini pun sekarang ini ditenggelami. Macam di Bachok pun kita sudah buat persediaan awal dengan melihat perkembangan awal musim tengkujuh.

“Mungkin ada yang alami banyak kerosakan harta benda sebab mereka tidak menjangkakan kawasan mereka ditenggelami air,” katanya.

Beliau juga meminta kerjasama semua penduduk untuk berpindah lebih awal dan tidak perlu menunggu arahan sekiranya berada dalam kawasan berisiko ditenggelami banjir.

“Tolong lah pindah awal. Saya terima aduan ada penduduk yang degil, tidak mahu berpindah sehinggakan pihak keselamatan perlu memujuk pada waktu lewat malam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");