Sukan Hari Ini

Man City, Palace Tak Mudah Mengalah

London: Penyokong Manchester City perlu sekali lagi menunggu untuk melihat pasukan manakah yang akan diturunkan Pep Guardiola bagi menentang Crystal Palace di pusingan keempat Piala FA malam ini.

City memperolehi kemenangan dengan kelebihan empat atau lebih jaringan sepanjang lima perlawanan sebelum ini tetapi mereka juga tewas 0-4 kepada Barcelona dan Everton selain dikalahkan lima kali dalam aksi liga setakat ini.

Bagaimanapun bulan Januari tidak begitu menyebelahi City kerana walaupun menang 5-0 di West Ham United pada saingan Piala FA, mereka tewas 0-4 di tangan Everton serta mendahului 2-0 ketika menentang Tottenham Hotspur tetapi berkesudahan seri 2-2.

Bercakap mengenai pasukan, penjaga gol Claudio Bravo pantas meminta rakan sepasukannya supaya mempunyai mental yang kuat.

“Kami perlu terus berusaha, percaya dengan apa yang kami lakukan. Itulah satu-satunya resipi yang ada.

“Memang tidak seronok melihat apa yang berlaku ke atas kami ketika ini.

“Kami berpeluang menang tetapi episod sama tetap berulang: kami sukar mencipta peluang sedangkan pasukan lawan menjaringkan gol,” memetik laporan Harian metro.

Terdahulu City menang 2-1 pada kunjungan terakhir ke Selhurst Park, November lalu tetapi mereka perlu menunggu hingga minit ke-83 untuk menjaringkan gol menerusi Yaya Toure.

Sam Allardyce masih belum mencipta keputusan positif di Palace dan kemenangan 2-1 pada perlawanan ulangan menentang Bolton Wanderers adalah satu-satunya aksi yang dimenanginya sejak menggantikan Alan Pardew, Disember lalu.

Tetapi mereka boleh dianggap tidak bernasib baik apabila tewas 0-1 di tangan Everton minggu lalu malah Allardyce menganggap pasukannya sudah mula menunjukkan kebangkitan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");