Membawang Hari Ini

Mimie Haris sudah bercerai

KUALA LUMPUR: Bintang kelahiran program realiti, MyStarz LG, Norshamimi Ahmad Haris atau lebih dikenali sebagai Mimie Haris, 27, memberitahu dia sebenarnya sudah bercerai sejak lima bulan yang lalu.

Tidak menolak tiada persefahaman dengan bekas suami sebagai punca perceraian, dia bagaimanapun tetap reda dengan ketentuan ini.

“Memang saya sudah bercerai sejak lima bulan lalu, dan mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia kerana sebelum ini mengikut bekas suami tinggal di Dubai. Ikutkan perkahwinan saya hanya kekal lapan bulan sahaja, tetapi tidak mengapa saya kekal positif dalam soal ini.

“Sebenarnya sebelum ini bukan saya tidak kongsi dengan sesiapa, cuma bila kenangkan sudah masuk tahun baharu jadi perlu saya jelaskan status sebenar saya kepada semua,” katanya.

Sementara itu, Mimie dan Nizam Mohammad Ibrahim, 33 tahun, yang juga seorang ahli perniagaan berkahwin pada 23 Disember tahun 2015 di kediaman keluarganya di Alor Star, Kedah.

Ditanya mengenai fokus dirinya kini, Mimie berkongsi dia sebenarnya sudah semakin sibuk dengan karier sebagai pengacara di CJ Wow Shop yang juga rangkaian beli-belah dalam talian. Bagaimanapun dia tidak menolak peluang untuk kembali dalam dunia seni suara.

“Saya sudah hampir tiga bulan menjadi pengacara untuk program tersebut. Memang satu permulaan baharu untuk saya sekembalinya ke Malaysia. Saya anggap ini rezeki buat saya.

“Soal nyanyian dan lakonan jika ada tidak ada masalah. Tetapi keutamaan saya kepada bidang pengacaraan dahulu buat masa ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");