Membawang Hari Ini

Min Yasmin akur lebih dikenali di Filipina

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Min Yasmin, akur apabila namanya kurang mendapat perhatian umum walaupun sudah lama bertapak di industri muzik tempatan.

Bagaimanapun, Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, tidak pernah mengeluh sebaliknya bersyukur kerana beliau diterima dengan tangan terbuka oleh peminat muzik di Filipina.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana selagi kita berusaha. Mungkin tuah saya lebih di Filipina.

“Alhamdulillah, sejak melancarkan album duet bersama penyanyi negara itu, Nikki Bacolod, berjudul 2 Voices pada pertengahan tahun 2015, masyarakat di negeri berkenaan semakin mempercayai bakat saya,” katanya kepada BH Online.

Tambah Min, beliau terkejut dengan penerimaan luar biasa pendengar di sana apabila single Sa Iyo bertahan lama dalam carta Top 10 di stesen radio nombor satu negara terbabit.

Penerimaan luar biasa itu membolehkan Min mengadakan persembahan jelajah di Filipina ketika mempromosikan album 2 Voices.

“Melihat perkembangan kerjaya saya yang sangat memberangsangkan, saya kini sedang dalam proses menyiapkan album solo Tagalog bersama suami, Julfekar.

“Seperti biasa, saya akan menggunakan strategi sama dengan mempromosikan album itu di pusat beli-belah di negara itu.

“Pada masa sama, saya juga akan mencuba nasib dengan muncul bersama album penuh bagi pasaran Malaysia. Mana tahu, peminat di sini sudah boleh menerima saya,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");