Isu Panas

Najib Nafi MCA Minta Jawatan TPM

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberi kepada parti itu.

Kenyataan Najib itu sekaligus menafikan apa yang didakwa oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata sepanjang beliau memegang jawatan nombor satu negara, tidak pernah sekalipun parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta diberi jawatan nombor dua negara dan jawatan Menteri Kewangan.

“Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, dia kata MCA pula. Sejak saya jadi PM, tak pernah MCA minta jawatan TPM. Ini satu pembohongan.

“Saya nafikan dan saya minta MCA juga menafikan. MCA dah dapat tiga jawatan menteri pun dia dah berterima kasih. Jangan banyak sangat U-turn,” kata Najib, lapor mstar.

Dalam masa yang sama, Najib juga menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai ‘jaguh U-turn’ kerana sering mengubah pendirian dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Najib berkata demikian dalam ucapan sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia di Dewan The Grand, Lukut di sini, Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");