Jenayah

Padah curi wang kutipan MBMB

MELAKA TENGAH – Seorang bapa anak dua yang mengaku bersalah mencuri wang milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin.

Hukuman itu diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap tertuduh, Nurulefendy Ibrahim, 27, yang selepas mengangguk faham pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Nurulefendy didapati mencuri wang tunai hasil kutipan MBMB berjumlah RM700 di kaunter bayaran MBMB, Dataran Pahlawan pada jam 10.44 malam, 16 Disember 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika wrayuan diringankan hukuman memberikan alasan perlu menanggung isteri dan dua anak masih bersekolah selain wang tersebut sudah dikembalikan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria meminta mahkamah berikan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam supaya kesalahan sama tidak berulang.

Norina kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 terhadap tertuduh atau dipenjara lagi empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");