Jenayah

Padah tunjuk isyarat lucah

Georgetown: Seorang lelaki dipenjara 10 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, di sini, tadi, selepas mengaku bersalah menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas penjawat awam.

Ronnie Chan Kok Chun, 30, membuat pengakuan itu selepas didakwa mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharifah Izura Syed Manshor.

Berdasarkan pertuduhan, dia pada jam 3.15 petang 11 Januari lalu bertindak mengangkat jari tengah kepada seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Sebaik ditahan tertuduh juga enggan menyerahkan lesen memandu bagi tujuan pemeriksaan dengan memberi pelbagai alasan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima hari bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh dia ditahan dan denda RM2,500 bagi setiap pertuduhan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");