Sukan Hari Ini

PBNP Masih Kekalkan Harga Tiket

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim mengesahkan bahawa harga lama tiket bagi peminat skuad Pahang untuk semua perlawanan Liga Malaysia di Stadium Darul Makmur musim ini akan dikekalkan.

Ujarnya ia sebagai penghargaan kepada peminat setia yang selama ini memberikan sokongan berterusan kepada skuad Tok Gajah. Bagi tiket pentas utama, ia dijual pada harga RM25; berbumbung (RM15) manakala tempat duduk terbuka dijual dengan harga RM12.

“PBNP mengharapkan sokongan padu peminat untuk terus menyokong dan menyaksikan pasukan kesayangan mereka yang kini dibimbing Dollah Salleh beraksi di stadium.

“Bagi perlawanan Pahang dengan T-Team Jumaat ini, tiket mula dijual pada hari perlawanan bermula jam 10 pagi,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Bagaimanapun, beliau turut meminta penyokong Pahang mempamerkan disiplin tinggi sepanjang berada di dalam atau luar stadium dan tidak terbabit dalam insiden yang boleh mencalar imej pasukan dan PBNP.

“Dengan perubahan besar yang dilakukan musim ini, kita sememangnya mengharapkan sokongan peminat untuk membantu Pahang kembali berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Terdahulu pada musim lalu, Pahang yang pernah bergelar juara Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2014 gagal menyerlah selepas hanya menyandarkan harapan kepada barisan pemain muda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");