Panasnya Hari Ini

Kit Siang Tak Layak Ajak PM Untuk Debat

KUALA LUMPUR:Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa Lim Kit Siang dianggap tidak layak mengajak Datuk Seri Najib Razak berdebat kerana hanya berkedudukan sebagai Pengerusi DAP dan bukan mengetuai Pakatan Harapan.

Ujarnya Kit Siang tidak berada dalam kedudukan setaraf dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Jika Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri bayangan, itu memberikannya sedikit kelebihan untuk mengajak Najib berdebat.

“Bagaimanapun, Kit Siang perlu mengambil alih peranan ketua Pakatan Harapan daripada Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan mengumumkan beliau adalah Perdana Menteri bayangan pakatan itu sebelum mencabar Najib berdebat,” katanya dalam entri terbaru blognya, http://sskeruak.blogspot.my pada Selasa.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kit Siang menerusi blog pemimpin DAP itu Ahad lalu yang mengajak Perdana Menteri berdebat dan mempersoalkan keengganan Najib untuk berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");