Berita Hari Ini

Peguam percuma jika kumpulan panjat IPOH didakwa

IPOH – Parti Progresif Penduduk (myPPP) Dun Buntong sedia memberi perkhidmatan guaman percuma kepada sekumpulan lapan remaja yang melakukan aksi berbahaya memanjat papan tanda perkataan IPOH di Jalan Kuala Kangsar sekiranya kes itu dibawa ke muka pengadilan.

Pengerusinya, Datuk Naran Singh yang meluahkan rasa kebimbangannya terhadap masa depan remaja terbabit sekiranya mempunyai rekod jenayah dan untuk itu My PPP Buntong sedia membantu mereka yang terjejas.

“MyPPP Buntong menyediakan saluran untuk mereka mengutarakan kebimbangan, jika mereka mahukan khidmat kami, mereka bebas untuk datang ke pejabat kami di Buntong.

“Malah, kami mahu memaklumkan bahawa kami sedia memberi khidmat guaman secara percuma kepada semua mereka yang terjejas jika mereka memerlukan perwakilan sekiranya masalah berkenaan dibawa ke mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambah Naran lagi, pihaknya berharap agar kes terbabit tidak tidak dibawa ke mahkamah bagi memastikan tiada rekod jenayah dikenakan kepada remaja terbabit.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");