Jenayah

Pekerja kilang dikhuatiri lemas di Cherating

KUANTAN: Seorang pekerja kilang warga asing dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Cherating dekat sini, petang semalam.

Lelaki warga China itu dikatakan keluar dari rumah tumpangan berhampiran pantai berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk mandi di pantai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan lelaki itu pada jam 5.26 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

“Kita melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Peng Xiangyu berusia 32 tahun dan bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Operasi SAR membabitkan pegawai dan anggota JBPM Pahang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentikan kira-kira jam 7 malam tadi dan disambung semula jam 7 pagi tadi.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");