Isu Panas

Pengurusan Tabung Haji Perlu Dirombak

SHAH ALAM : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyarankan agar pengurusan fungsi pelaburan dan pembangunan perniagaan di Tabung Haji (TH) perlu dirombak.

Ujar beliau, ianya adalah susulan kepada penahanan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Heavy Engineering (THHE), Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti selain daripada pelbagai bidang perniagaan yang diceburi TH sebelum ini dilihat merugikan.

“Pendakwaan ke atas beliau (Nor Badli Munawir) membuktikan pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir TH sebelum ini ada asasnya dan bukannya fitnah seperti dikatakan pemimpin-pemimpin Umno.

“Malah penyelewengan dan ketirisan bukan hanya berlaku di THHE, tapi melibatkan banyak pelaburan besar TH di dalam syarikat-syarikat tertentu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Hari ini, Badli Munawir dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah semasa beliau mengetuai pengurusan THHE.

Merujuk perkara sama, Rafizi meminta menteri-menteri bertanggungjawab iaitu Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti mengulangi permainan politik dengan memberi alasan bahawa TH menjadi mangsa fitnah.

“Sejak tahun lalu, saya menumpukan perhatian kepada kes-kes penyelewengan dan kerugian yang berlaku di TH. Salah satunya adalah pelaburan di dalam Ramunia Holdings Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai THHE,” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan peranan pengurusan kanan TH yang bertanggungjawab menyemak dan meluluskan keputusan untuk melabur di dalam syarikat-syarikat bermasalah termasuklah THHE yang mengakibatkan kerugian besar.

“Saya menyeru supaya menteri bertanggungjawab dan Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berdepan dengan rakyat dengan memberi jawapan kepada soalan-soalan berkaitan perkara ini.

“Bagaimanapun, saya percaya selagi Lembaga Pengarah TH dipenuhi orang kuat Umno, penjelasan ini tidak akan dilakukan dan akhirnya TH akan terus berdepan risiko kerugian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");