Jenayah

Penyamun Kedai Serbaneka Dicekup polis

Simpang Ampat: Seorang lelaki berusia 25 tahun berjaya diberkas polis sekitar jam 2 pagi hari ini selepas bertindak menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bandar Tasek Mutiara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 semalam, suspek dikatakan lengkap bersenjatakan pisau itu telah memasuki kedai serbaneka berkenaan sebelum bertindak mengugut pekerja kedai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai di dalam kaunter serta beberapa kotak rokok.

“Suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah Perodua Kancil.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Tambahnya, polis berjaya memberkas suspek di Bukit Mertajam, hasil daripada risikan polis.

Katanya, polis menjumpai senjata yang digunakan pada suspek serta beberapa peralatan lain bagi melakukan samun dan suspek juga memiliki rekod jenayah lampau itu direman bagi tujuan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");