Perak Hari Ini

Usaha Tambah Pendapatan Penduduk Bagan Datuk

BAGAN DATUK: Kerajaan negeri komited untuk menambah pendapatan penduduk yang rata-ratanya nelayan di Daerah Bagan Datuk dan kawasan sekitarnya.

Usaha itu diterjemahkan melalui pelepasan 5,000 induk udang galah di Jeti Kampung Kota, Hutan Melintang di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, sekiranya kesemua induk itu menjadi, ia mampu menghasilkan lebih kurang 70 juta telur udang galah.

“Dengan sendirinya kita beri peluang kepada orang tempatan untuk menambah rezeki dari segi penangkapan udang galah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan induk undang galah tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Datuk Ismail Saffian.

Terdahulu, selepas majlis berkenaan, beliau turut melawat ke beberapa buah rumah penduduk di Kampung Sungai Keli, di sini menerusi program ‘Deko Kasih’.

Majlis pelepasan induk udang galah dan ‘Deko Kasih’ tersebut merupakan sebahagian daripada Program Permukiman Daerah YAB Menteri Besar di Daerah Bagan Datuk yang bermula dari 17 hingga 21 Januari 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");