Perak Hari Ini

Perumahan Bukan Untuk Kaut Untung

IPOH: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menasihati kerajaan negeri agar tidak menjadikan sektor perumahan sebagai peluang untuk meraih keuntungan.

Perkara itu dilontarkan oleh Naib Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak Khairol Najib Hashim berikutan sektor perumahan tidak sewajarnya menjadi ruang sumber utama ekonomi negeri sebaliknya kerajaan negeri perlu berusaha untuk menyediakan rumah untuk rakyat dengan nilai serendah yang mungkin.

“Sekiranya kerajaan negeri memikirkan keuntungan dalam sektor ini, maka usaha untuk membina rumah dengan harga yang benar-benar mampu milik tidak berjaya dilaksanakan.

“Itulah yang berlaku ketika ini apabila harga rumah sangat mahal dan menyebabkan rakyat tidak mampu memperoleh rumah sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi, antara yang menjadi kebimbangan golongan muda khususnya yang baru membina keluarga adalah berkaitan dengan perumahan.

“Dengan keadaan ekonomi negara, disamping kos kehidupan seharian yang meningkat ketika ini memustahilkan golongan pembeli pertama ini untuk memiliki rumah sendiri, sebaliknya hanya mampu bercita-cita dan memasang angan-angan sahaja.

“Faktor harga rumah yang tinggi ini mendorong kepada penguasaan kelompok tertentu dan rakyat bawahan hanya mampu menyewa sahaja daripada “pemain perumahan” ini,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya suasana ini berterusan pastinya rakyat tidak mampu untuk membeli rumah akibat harga rumah yang tinggi disamping pendapatan perkapita kekal tidak meningkat.

“Perumahan bukanlah bersifat kehendak tetapi ia adalah keperluan bagi manusia.

“Menjadi tugas kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat di negara ini khususnya di negeri Perak untuk memiliki rumah. Rumah adalah hak asasi manusia yang sewajarnya ditunaikan oleh kerajaan dengan memudahkan rakyat untuk memperolehinya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");