Berita Hari Ini

Wujudkan pusat pembelajaran kanak-kanak Rohingya

SERDANG – Pusat pembelajaran untuk kanak-kanak etnik Rohingya perlu diwujudkan lebih banyak bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan sewajarnya, kata Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata ini berikutan kanak-kanak minoriti itu tidak boleh dimasukkan ke sekolah biasa kecuali ibu atau bapa mereka merupakan warganegara negara ini.

“Oleh itu lebih banyak sumbangan diperlukan daripada pihak korporat, swasta dan individu bagi mewujudkan pusat pembelajaran untuk mereka.

“Kami sasarkan kanak-kanak ini sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira serta membina keyakinan diri melalui ilmu yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah sekolah etnik Rohingya, ‘Knowledge Garden Learning Centre School’ di sini, hari ini.

Sekolah yang diwujudkan oleh Ethnic Rohingya Commitee Of Arakan (ERCA) itu beroperasi sejak 2013 dan mempunyai 120 pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak etnik Rohingya berusia empat hingga 17 tahun.

Syed Hamid yang juga Presiden HUMANiTi berkata pendidikan juga penting kepada anak-anak etnik Rohingya agar mereka tidak menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, pusat pembelajaran yang menggunakan silibus pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia itu juga diharap membantu kanak-kanak tersebut bersedia bagi membangunkan kembali wilayah mereka sekiranya konflik di sana berakhir. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");