Berita Hari Ini

Program NCIA Terbukti Berjaya Tambah Pendapatan Rakyat

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Program sosial dan kemasyarakatan yang dikendalikan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berjaya membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

Perkara itu dikongsi olehnya menerusi kisah tiga individu yang memperoleh manfaat daripada program itu, dan menyifatkan kisah mereka bukti terbaik berkaitan prinsip ‘Man jadda wajada’, iaitu sesiapa yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakannya.

“Salah seorang daripada mereka ialah penoreh getah Puan Lebar Abdullah. Melalui program SuriaKu, Puan Lebar dapat menjana pendapatan tambahan sebanyak RM250 sebulan dengan menjual tenaga elektrik bersih kepada Tenaga Nasional Berhad yang dijana oleh panel solar yang dipasang di rumahnya,” katanya menerusi catatan terbaharu dalam laman blog rasminya hari ini.

Sementara itu bagi kisah Ponvannan Murthy yang bekerja sebagai petani sepenuh masa,ujar Najib, Ponvannan berupaya meningkatkan pendapatan bulanan dari RM3,000 kepada RM9,000 selepas mendapat bantuan melalui latihan pra-kemahiran dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia dalam bidang keusahawanan bagi pertanian dan kaedah fertigasi.

Malah bagi Ahmad Shaupi Ismail merupakan usahawan jeli kelapa yang mengikuti Program Pemerkasaan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Pusat Inovasi Komuniti atau CIC berkenaan, turut berjaya menambah pendapatan bulanan sehinggaRM3,500.

Lima dari 21 penerima yang mendapat manfaat daripada program NCIA yang memberi tumpuan kepada rakyat, berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi dengan Najib, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri Kabinet yang lain di Putrajaya, pada Rabu. -Foto: Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");