Sukan Hari Ini

Red Giants mungkin hanya guna tiga awang import

Shah Alam: Musim ini mungkin menyaksikan skuad Red Giants akan hanya bergantung harap kepada tiga tonggak import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Perkara itu disahkan pengendali Selangor, P Maniam yang mengakui masih lagi belum ‘tertawan’ dengan mana-mana awang import yang hadir mencuba nasib bersama juara Piala Malaysia 33 kali itu.

Ketika ini, Selangor sudah memiliki tiga tonggak import dengan mengekalkan khidmat Andik Vermansyah dan Ugo Ukah daripada skuad musim lalu.

Bekas penyerang FELDA United, Francis Forkey Doe pula ditawarkan kontrak minggu lalu bagi menambah sengat di jentera depan pasukan itu.

Meskipun sepak mula saingan Liga-M hanya berbaki empat hari lagi, Maniam tetap akan menguji beberapa pemain lagi yang akan menyertai latihan hari ini.

“Walaupun masa semakin suntuk, kami masih membuka ruang buat dua pemain import yang dijangka tiba Rabu ini (esok) kerana kami perlu mencari pasangan Forkey Doe di bahagian serangan.

“Bagaimanapun, segala keputusan tertakluk kepada prestasi yang dipamerkan mereka berdua sepanjang tiga hari sesi latihan sebelum aksi pembukaan Liga Super menentang Pulau Pinang, Sabtu ini.

“Jika gagal menarik perhatian, kami terpaksa berpuas hati dengan tiga pemain import saja,” katanya ketika ditemui pada aksi pramusim berdepan Petaling Jaya Rangers yang menyaksikan Selangor tewas 1-0 di Padang SUK, Shah Alam, semalam.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");