Jenayah

Rumah pusaka 40 tahun dihempap pokok

GEMAS: Sebuah rumah pusaka berusia lebih 40 tahun di Kampung Ulu Ladang, di sini, rosak dihempap pokok kuinin yang tumbang susulan kejadian angin kencang di perkampungan berkenaan, petang kelmarin.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari penduduk kira-kira jam 7.45 pagi, seterusnya bertindak menghubungi mangsa yang sedang bekerja di Gemas.

Menurut mangsa, Mohd Zazlan Jaharan, 28, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan sebaik dihubungi jiran dan segera pulang ke rumah memandangkan waktu kerjanya sebagai pengawal keselamatan hampir tamat pada jam 8 pagi.

“Terkejut juga sebab kejadian seperti ini tak pernah berlaku di kampung ini. Sebaik pulang ke rumah, saya lihat pokok kuinin yang juga sudah berusia berpuluh tahun menghempap bahagian tengah rumah dan meranapkan dua almari menempatkan pinggan mangkuk lama kenangan arwah mak saya.

“Tak pernah jadi macam ni, namun saya bersyukur bahagian hadapan dan dapur rumah masih lagi dalam keadaan baik serta boleh diduduki,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Zazlan berkata, Adun Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said ada datang melawat pada pagi kejadian sebaik mengetahui insiden berkenaan, disusuli pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebelah petang bagi menyampaikan bantuan.

Bagaimanapun menurutnya, bantuan yang lebih utama ialah kerja-kerja membaik pulih kediaman pusaka itu walaupun banyak pinggan mangkuk arwah ibunya sudah pecah dan hanya tinggal kenangan buatnya adik-beradik.

“Kalau nak dikirakan, lebih RM5,000 juga kos diperlukan bagi baik pulih rumah pusaka ini,” katanya.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");