Jenayah

Sebutan semula kes bunuh Bill Kayong, esok

MIRI: Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan esok sebutan semula kes pembunuhan Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong.

Hakim Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzilah Ishak memohon supaya sebutan kes Datuk Stephen Lee Chee Kiang dilakukan bersama dengan tiga lagi tertuduh.

Tiga lagi tertuduh iaitu Mohamad Fitri Pauzi, 29; Lie Chang Loong, 39 dan Chin Wui Chung, 50, yang hadir ketika prosiding hari ini mengangguk tanda memahami selepas dimaklumkan jurubahasa mahkamah mengenai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.

Mohamad Fitri, seorang pengawal kelab malam dituduh membunuh Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pasaraya E-Mart , Jalan Miri-Bintulu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan. Chang Loong, 39, Wui Chung, 50 dan Chee Kiang, 45, yang dituduh bersubahat dengan Mohamad Fitri didakwa mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");