Sukan Hari Ini

Sentuhan diraja

Kuala Lumpur: Demi memastikan stadium baharu skuad Johor Darul Ta’zim muncul antara gelanggang terbaik di negara ini, beberapa penambahbaikan dan perubahan akan dilaksanakan dengan Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2018.

Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Johor Southern Tigers semalam, pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu membuat sedikit perubahan pada rekaan dan kedudukan asal stadium itu.

“Untuk makluman, pembinaan stadium yang terletak di Iskandar Puteri ini akan lewat selama enam bulan daripada tarikh awal jangkaan siap kerana TMJ membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium.

“TMJ mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90 atau 100 peratus menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.

“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana TMJ mahukan stadium baharu itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini,” menurut kenyataan itu.

Stadium yang dijangka siap pada Januari 2018 bakal mengalami kelewatan selama enam bulan untuk memastikan kontraktor tidak tergesa-gesa mempersiapkan mercu tanda baharu skuad Harimau Selatan itu.

Untuk rekod, majlis pecah tanah yang berlangsung hujung Januari tahun lalu itu menyaksikan gelanggang baharu Johor DT itu boleh menampung seramai 45,000 penonton pada satu-satu masa.

Kos pembinaan Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu dianggarkan sekitar RM200 juta dan menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin yang akan diberikan khusus kepada pasukan Johor DT II, manakala Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pula digunakan untuk pasukan Johor DT III serta Johor DT IV.

Stadium baharu di kawasan berkeluasan 28.3 hektar itu turut dilengkapi kemudahan seperti hotel, apartmen, pusat beli-belah, padang sukan ragbi, gelanggang tenis dan futsal yang dibangunkan secara berperingkat di tanah berbaki seluas 16.2 hektar.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");