Isu Panas

‘Seronok’ Lihat Pembangkang Sibuk Agih Jawatan’

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dapat mengelak dari berkongsi rasa ‘seronok’ apabila beberapa parti pembangkang didakwa mula berbincang mengenai pengagihan jawatan dalam kerajaan baharu.

Ujarnya, parti pembangkang leka membahagi jawatan sehingga tidak sedar untuk memelihara kepentingan pengundi di negara ini.

“Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti.

“Siapa nak jadi Perdana Menteri. Siapa pula nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Dan siapa pula yang jadi Menteri Kewangan,” sindirnya memetik laporan Sinar harian.

Parti-parti pembangkang tanpa disedari telah mengabaikan gerak kerja jentera parti untuk bersedia pada pilihan raya akan datang.

“Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri.

“Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak dibina, latihan dan kursus tidak diadakan,” katanya lagi.

Malah jelasnya, pembangkang sepatutnya sedar yang mereka kini berdepan dengan kesukaran untuk memenangi hati pengundi.

Malah pelbagai janji manis yang ditabur BN, jelasnya, pembangkang sepatutnya bekerja lebih kuat dalam usaha memenangi hati rakyat.

“Di waktu yang sama pelbagai “dedak” diumumkan oleh kerajaan untuk terus menggengam rakyat marhaim dan pengundi sasaran.

“Akhirnya, siapa yang akan dinobat oleh rakyat?” soalnya.

Terdahulu timbul khabar angin terdapatnya pakatan sulit antara Bersatu dan DAP untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan timbalan perdana menteri kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinyatakan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim pada 31 Disember tahun lalu.

Mengikut pakatan sulit itu, Kit Siang juga dikatakan akan menjadi menteri kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");