Membawang Hari Ini

Ska dan Reggae bangkit

MUNGKIN segelintir individu menganggap genre ska dan reggae di negara ini sudah berkubur kerana majoriti pendengar lebih terarah kepada muzik pop, balada dan rock.

Tetapi, tanggapan tersebut meleset sama sekali. Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan peminat pada Festival Skankin 2016 di KL Live, Kuala Lumpur, 24 Disember lalu.

Lebih menarik, festival tersebut berlangsung di lokasi beberapa band antarabangsa seperti Simple Plan, Demi Lovato dan Christina Perri beraksi sebelum ini.

Biarpun keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, tiada halangan peminat muzik ska dan raggae berhibur.

Plague of Happiness mengetuai lapan band yang beraksi termasuk Gerhana Ska Cinta (GSC), Salam Musik dan Republic Of Brickfields.

Sebanyak 12 band membuat persembahan pada Skankin yang julung kalinya diadakan, anjuran Cartel Production.

Persembahan bertenaga ska, reggae

Sekitar jam 2 petang, persembahan band Mbex Firdaus & The Souljah memulakan festival berkenaan dengan lagu Negeri Pelangi dan tiga lagu lain.

Program diteruskan dengan penampilan Budak Nakal Hujung Simpang yang menyanyikan lima lagu termasuk tiga dari ciptaan mereka.

Sebanyak tujuh band yang membuat persembahan sebelah petang dan kumpulan Wakakukz mengakhiri persembahan sesi tersebut dengan lagu Welcome To Jam Rock.

Sesi malam pula dimulakan oleh Pure Vibracion dengan memilih single 10 Years sebagai mukadimah persembahan. KL Live semakin hangat apabila ramai peminat memenuhi ruang penonton.

Tamat Pure Vibracion, pentas diambil alih oleh band ska, Salam Musik yang mendendangkan sembilan lagu termasuk hit mereka, Aku Pelat.

Giliran seterusnya adalah legenda reggae Malaysia, Republic Of Brickfields yang mendendangkan karya Rahsia dan Get Up, Stand Up sebagai pembukaan.

Kelibat GSC ditunggu-penonton Skankin dan apabila gitaris, Eddie muncul di pentas, suasana KL Live semakin meriah.

Turut mencuri tumpuan adalah penampilan dua vokalis GSC yang memakai satu set kebaya merah.

Apabila band ini menyanyikan lagu Sweet Melody, segelintir penonton mula menonjolkan diri mereka dengan menari tarian pogo beramai-ramai.

Skankin 2016 diakhiri persembahan band ska, Plague Of Happiness dengan 10 buah lagu.

Secara keseluruhan, konsert Skankin agak meriah tetapi sederhana, berbeza dengan konsert muzik mainstream yang lain.

Kesemua artis telah memberikan 100 peratus komitmen dan tenaga bagi memberikan persembahan yang terbaik kepada peminat mereka yang setia menunggu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");