Sukan Hari Ini

40 regu ‘otai’ pamer aksi

Melaka: Sebanyak 40 regu bersaing pada pertandingan sepak takraw antara regu veteran anjuran Kelab Sepak Takraw Otai Negeri Melaka di Kompleks Sukan Polis, Bukit Beruang, di sini baru-baru ini.

Pengerusi penganjur Mohd Fahmi Omar berkata, konsep pertandingan itu adalah mendaftar nama pemain berminat mengikut posisi masing-masing, kemudian diundi tanpa mengira rakan pasukan membolehkan penyertaan yang memberangsangkan.

Menurutnya, seramai 120 pemain mendaftar sekali gus membabitkan pembahagian 40 regu yang bersaing secara liga pada peringkat awal dan kalah mati hingga ke final.

“Kami membuka pelawaan kepada individu mengikut posisi dan diundi untuk membentuk regu. Setakat ini konsep ini sudah berjaya, malah kami juga mendapat tajaan basikal sebagai cabutan bertuah,” katanya.

Sementara itu, regu Geng Zamri berjaya muncul juara selepas mengatasi Trio Tarmizi pada perlawanan akhir dengan masing-masing meraih RM300 dan RM200.

Manakala tempat ketiga dan keempat milik trio MF dan Haidar Team dengan masing-masing turut ceria membawa pulang RM100, walaupun pada awalnya masing-masing tidak mengenali rakan regu sendiri.-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");