Sukan Hari Ini

Stadium baharu JDT siap Jun 2018

JOHOR BAHRU: Tarikh siap kerja pembinaan stadium baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim Larkin akan lewat enam bulan daripada jadual asal pada Januari 2018.

Ini kerana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pencetus utama pembinaan stadium di Iskandar Puteri itu mahukan perubahan pada kedudukan stadium berkenaan.

“Tunku Ismail mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90 peratus atau 100 peratus menghala ke arah padang bagi memastikan pertumbuhan rumput yang lebih baik.

“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana Tunku Ismail mahukan stadium baharu itu menjadi stadium yang terbaik di Malaysia,” menurut kenyataan terbaru di laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Perancangan awal stadium yang berkapasiti tempat duduk antara 35,000 hingga 40,000 itu dijangka siap pada Januari 2018 namun bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan lebih tersusun, ia akan lewat enam bulan dan hanya dijangka siap Jun 2018.

Menurut kenyataan itu, langkah itu juga bagi memastikan kontraktor yang dilantik tidak tergesa-gesa selain mahu memastikan hasil yang terbaik untuk stadium baharu berkenaan.

“Terdapat juga pejabat JDT dan pelbagai kelengkapan yang bakal disediakan di stadium baharu itu nanti.”

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");