Jenayah

Suami isteri diburu

Alor Setar: Polis memburu suami isteri yang didakwa terbabit dalam kes penipuan pelaburan jual beli kenderaan di sekitar daerah Kota Setar sejak sebulan yang lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, SuperiNtendan Rohana Omar berkata pasangan berkenaan dikehendaki polis membantu siasatan susulan tiga laporan polis dibuat di daerah berkenaan pada 26, 27 dan 29 Disember lalu yang mendakwa kedua-dua suspek berkenaan memperdayakan mereka untuk melabur dalam urusan jual beli kenderaan dikendalikan oleh pasangan terbabit.

“ Pasangan suami isteri ini dipercayai berasal dari kawasan Pokok Sena, Kedah di mana suspek pertama iaitu lelaki berusia 33 tahun dikesan tinggal alamat terakhirnya di Kampung Belukar Kedondong, Mukim Derang.

“ ??Manakala isterinya pula berusia 30 tahun dan berasal dari Kampung Baru, Sungai Durian dan pasangan ini dipercayai sudah aktif menjalankan kegiatan ini sejak awal Disember lalu,”? katanya.

Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar tadi yang turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kota Setar, Asisten Superintendan Roslan Abd Rahman.

Beliau berkata tiga mangsa yang membuat laporan polis itu bekerja sebagai peniaga termasuk pengusaha kedai makan.

“ ?Mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki yang berusia antara 25 hingga 50 tahun yang berasal dari Kuala Kedah, Jalan Langgar di Alor Setar dan juga Pokok Sena.

“ Mereka melaburkan wang kepada suspek untuk pelaburan berkenaan antara RM2,800 hingga RM4,500 melalui transaksi dilakukan menerusi bank dan dalam talian membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM11,300.

“ ?Namun begitu, pasangan berkenaan sudah pun memulangkan semula sebahagian daripada jumlah berkenaan sebelum menghilang diri dan jumlah baki wang pelaburan yang masih dituntut oleh mangsa adalah berjumlah RM5,400,” katanya lagi.

Rohana berkata, walaupun dakwaan terdapat hampir 20 mangsa ditipu oleh pasangan berkenaan setakat ini hanya tiga laporan polis sahaja diterima oleh pihaknya di daerah berkenaan sejak Disember lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Faizal Rosli di talian 04-774 7204, 04-774 7205 dan Bilik Gerakan IPD Kota Setar di 04-732 6999.

Harian Metro kelmarin melaporkan seramai 20 mangsa penipuan pasangan suami isteri yang melarikan wang skim pelaburan jual beli kereta yang didakwa mencecah RM50,000 selepas dijanjikan pulangan lumayan.

Malah, mangsa mendakwa mereka diperdaya dengan tipu helah pasangan suami isteri itu yang menjanjikan pulangan dua kali ganda berdasarkan janji manis sehingga menyebabkan mereka menyerahkan wang mereka dengan mudah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");