Perak Hari Ini

SUKMA: Prasarana Dijangka Siap April 2018

IPOH:Kerajaan Negeri mensasarkan kerja baik pulih dan penyelenggaraan kemudahan untuk SUKMA 2018 dapat disiapkan selewat-lewatnya pada April 2018.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad ia turut merangkumi pembinaan kemudahan baharu untuk penganjuran sukan itu.

Jelasnya lagi, turut diadakan semalam mesyuarat bagi melantik jawatankuasa pengelolaan dan pelaksana SUKMA Perak yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengerusi manakala Timbalan Pengerusi ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Intipati kertas cadangan mesyuarat jawatankuasa pengelolaan dan pelaksana SUKMA itu telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Datuk Shahrul Zaman Yahya hari ini menerusi mesyuarat exco sebentar tadi.

“Pengerusi pelaksana pula ialah Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan timbalannya ialah Datuk Shahrul manakala pelantikan jawatankuasa kecil pula akan dipengerusikan oleh setiap Exco kerajaan negeri mengikut pelbagai bahagian,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya selaku tuan rumah bagi pengajuran SUKMA 2018, Perak perlu meningkatkan kekuatan daripada segi atlet yang mewakili negeri ini supaya mampu menambah bilangan pingat emas.

“Beberapa proses penyelenggaraan kemudahan sukan sudah bermula dan memasuki pra tender dan kerja pembinaan baru seperti sukan renang

“Termasuk stadium Indra Mulia beberapa kemudahan yang dibuat penyelenggaraan dan penambahbaikan,” katanya.

Tambahnya lagi, penyelenggaraan dan penambahbaikan dilaksanakan lebih awal mengambil iktibar daripada penganjuran di lokasi lain supaya tidak berlaku di negeri ini.

Setakat ini masih tiada masa yang tepat bagi penganjuran itu bagaimanapun ia berkemungkinan akan dianjurkan selepas Ramadhan tahun ini.

Jelasnya kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM152 Juta kepada kerajaan negeri melibatkan penyelenggaraan dan penambahbaikan fasiliti sukan sempena penganjuran SUKMA 2018.

“Kita cuba untuk mengadakan lokasi pertandingan di setiap daerah seperti penggunaan Stadium TLDM, padang bola sepak di Teluk Intan dan beberapa lokasi seperti Lenggong dan Kuala kangsar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");