Berita Hari Ini

TABIKA KEMAS mungkin jadi pusat jagaan transit

SEPANG: Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mungkin dijadikan pusat jagaan transit bagi kanak-kanak bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu, masa operasi TABIKA akan dilanjutkan bagi memenuhi keperluan itu.

Beliau berkata kementerian sedang mengkaji perkara itu dan jika sesuai dan beberapa isu dapat diselesaikan, akan dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

“Walaupun mempunyai anak seorang, kebanyakan ibu bapa terpaksa mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak mereka selepas pulang dari sekolah dan kita tidak mahu ibu bapa bimbang ketika bekerja kerana risaukan keselamatan anak masing-masing,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke TABIKA KEMAS Seri Siantan, di sini, sempena permulaan sesi persekolahan hari ini.

Beliau berkata cadangan itu lebih sesuai diguna pakai pada TABIKA di bandar kerana ramai ibu bapa yang bekerja dan menghadapi kesulitan mendapatkan penjaga anak.

Ismail berkata, pelaksanaan lanjutan operasi itu adalah antara inisiatif kerajaan selepas mendengar pandangan yang diberikan oleh ibu bapa.

Sementara itu, tambah beliau, sepanjang tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.83 juta bagi membaik pulih TABIKA di bawah seliaan kerajaan.

“Kita akan beri tumpuan kepada TABIKA yang kini menumpang di bangunan lain seperti di balai raya atau dewan terlebih dahulu sebelum melihat pada tabika yang lain,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");