Berita Hari Ini

Tahun Ayam Inspirasi Rakyat Malaysia Untuk Terus Bersatu – Liow

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Tahun Ayam Api boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan bekerja keras bagi membangunkan negara ini.

Liow berkata rakyat mempunyai sebab untuk berasa gembira kerana Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang stabil dan bersatu padu.

“Tahun ini Ayam Api boleh membantu memberi semangat baharu kepada semua rakyat bahawa kita perlu bangun awal, bekerja lebih keras, bersatu dan menggunakan tenaga secara positif,” katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina pada majlis Rumah Terbuka MCA di ibu pejabat parti itu di sini, .

Liow berkata Tahun Baru Cina yang disambut semua kaum di Malaysia boleh menguatkan lagi semangat keharmonian dan perpaduan di negara ini.

“Kita menyambut Tahun Baru Cina kali ini dalam suasana yang ceria kerana negara kita stabil, harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Liow berkata banyak nilai-nilai murni boleh dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina.

“Setiap kali kita menyambut Tahun Baru, masyarakat Cina digesa untuk membuat hajat yang baik dan positif,” katanya, lapor mstar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");