Panasnya Hari Ini

BMF : Dr Mahathir Dalam Keadaan Pelik – Salleh

KUALA LUMPUR : Pendedahan terbaru mengenai skandal Bumiputra Malaysia Finance Limited (BMF) dan skandal wang asing meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam keadaan yang pelik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, cubaan Dr Mahathir dengan menganggapnya sebagai ‘tiada benda’, jelas menunjukkan hipokrasi dan kepura-puraan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Ini adalah kesimpulan yang sesiapun boleh buat dengan penafian yang beliau lakukan di blog beliau, chedet.com.

“Tanpa mempersoalkan laporan CIA itu, ianya menunjukkan bahawa tanggungjawab Mahathir dalam kehilangan wang berbilion ringgit yang dialami negara,”katanya menerusi catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Seperti biasa, kata Salleh, Mahathir sentiasa menyalahkan orang lain dalam kemusnahan kewangan yang berlaku.

“Skandal BMF dan tukaran wang asing menjadikan Mahathir orang terakhir yang paling layak dan berwibawa untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dengan menggunakan alasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sementara beliau enggan menerima tanggungjawab kepada skandal BMF dan tukaran wang asing, beliau menggunakan isu 1MDB untuk menyingkirkan perdana menteri.

“Kebenarannya, 1MDB telah disabotaj untuk dijadikan sebagai satu masalah dan ia bermula dengan sabotaj terhadap IPO (tawaran permulaan awamnya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");