Berita Hari Ini

Hanya Buat Laporan Di Lokasi Kemalangan

KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar,menegaskan bahawa pengguna jalan raya yang terbabit dalam kemalangan kecil tidak membabitkan kecederaan tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan sebaliknya boleh dibuat di lokasi kejadian tersebut bermula esok.

Memetik sumber Berita Harian, ujarnya kemudahan itu bagaimanapun hanya membabitkan kemalangan yang berlaku dalam jarak antara Tol Sungai Besi dan Tol Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan.

“Unit penyiasat lebuh raya akan terus ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat. Mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di situ berhubung kemalangan yang berlaku.

“Mereka juga boleh mendapat laporan yang dibuat di situ juga tanpa perlu ke balai polis. Ini bagi memudahkan mereka yang terbabit kemalangan tidak perlu membuang masa hadir ke balai polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Op Selamat 10/2017 di Persada PLUS hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");