Sukan Hari Ini

Tak sabar nanti detik indah

Georgetown: “Saya berdoa kepada Allah SWT supaya kemenangan menjadi milik saya biarpun hakikatnya tidak menaruh harapan yang begitu tinggi,” kata pemain tengah Pulau Pinang, Faiz Subri sebelum bertolak ke Zurich, Switzeland untuk menghadiri Anugerah Puskas 2016 pada 9 Januari ini.

Faiz, 29, anak kelahiran Air Itam, Kedah sebenarnya amat berharap keputusan yang cukup mendebarkan itu akan menggembirakan rakyat Malaysia.

“Segalanya kini terpulang kepada undian akhir yang berakhir pada 9 Januari ini dan berharap semua peminat akan terus mengundi saya.

“Saya akui saingan cukup sengit namun segalanya terpulang kepada rezeki dan Insya-Allah jika ada inilah anugerah terindah buat saya dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri majlis tahlil dan doa kesyukuran di Masjid Jamek Tuan Guruc, Tanjung Tokong di Simon malam tadi.

Lebih 50 jemaah termasuk peminat bola sepak Pulau Pinang mengadakan majlis tahlil yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dengan kerjasama penduduk Tanjung Tokong selepas solat Isyak.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");