Sukan Hari Ini

Tanpa Costa, Tidak Jadi Masalah

Ketiadaan penggempur utama Diego Costa dalam pasukan CHELSEA tidak berdepan masalah besar kepada pasukan itu bagi menundukkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Leicester City 3-0.

Terdahulu Costa dilaporkan menimbulkan kemarahan pengendali The Blues, Antonio Conte selepas pemain Sepanyol itu berselisih faham dengan pelatih kecergasan pasukan.

Bagaimanapun Conte menafikannya dan menegaskan Costa tiada dalam kesebelasan utama kerana dia mengalami kecederaan belakang.

“Costa tidak berlatih sejak Selasa lalu kerana mengalami kecederaan. Bukan sebab lain.

“Dalam keadaan sekarang, akan ada banyak versi cerita tetapi saya mahu tegaskan Costa dan saya tiada apa-apa masalah,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Costa setakat ini telah menyumbang 14 gol dan lima assist dalam 19 penampilan EPL.

Sementara itu pada aksi di Stadium King Power awal pagi semalam, Leicester terlebih dulu melakukan cubaan menerusi gerakkan Ahmed Musa namun sepakannya berjaya ditepis Thibaut Courtois dan tindakan susulan Jamie Vardy tidak menepati sasaran.

Pada lima minit kemudian, Chelsea kembali cergas dalam pertahanan The Foxes, Robert Huth tidak dikenakan tindakan selepas menepis sepakan percuma Willian dengan tangan sebelum Marcos Alonso meletakkan pelawat di depan minit keenam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");