Sukan Hari Ini

‘Terserah pada kerajaan negeri’

Kota Bharu: Keputusan sama ada Kelantan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) akan bergantung sepenuhnya kepada kata putus kerajaan negeri hari ini.

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Afandi Hamzah (gambar kanan) berkata, segala keputusan bergantung kepada perincian yang akan dikemukakan kerajaan negeri sebelum pihaknya membuat keputusan muktamad esok.

Katanya, sebaik menerima perincian itu, beliau akan membentang dan mengemukakan pula kepada Exco KAFA untuk membuat keputusan terakhir sama ada kekal atau tidak dalam Liga M.

“Ekoran daripada perbincangan bersama kerajaan negeri baru-baru ini, perkara itu saya akan nyatakan dan beri penjelasan kepada Exco berkaitan pertemuan itu dan hari ini (semalam), saya berikan penjelasan kepada mereka mengenai apa yang berlaku ketika perbincangan itu.

“Kami sudah nyatakan kerajaan negeri akan memaklumkan kepada kami esok (hari ini) seperti surat yang kami hantar. Segala cadangan dan perinciannya perlu dimuktamadkan esok (hari ini) dan kami (Exco) akan menunggu cadangan berkenaan,” katanya.

Bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa turut hadir pada majlis pertemuan dengan media di Kopitiam Kita di Jalan Sri Cemerlang, namun mengambil langkah selamat dengan berdiam diri sebelum meninggalkan majlis itu.

Turut hadir Naib Presiden KAFA, Datuk Mohd Rosmadi Ismail dan Setiausaha Agung, Datuk Mohd Ismail Md Noor.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan menyatakan komitmen tinggi mahu memastikan The Red Warriors (TRW) kekal beraksi dalam saingan (Liga-M) musim ini, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perbincangan kedua-dua pihak itu bersetuju mahu pasukan bola sepak negeri meneruskan saingan musim ini.

Afandi berkata, sebaik menerima cadangan daripada kerajaan negeri, Exco KAFA pula akan membuat penilaian sebaik diberi penerangan mengenai cadangan itu olehnya sendiri.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");