Berita Hari Ini

Tingkat bantuan kepada mangsa banjir

RANTAU PANJANG – Melihat kepada pertambahan mangsa banjir, Biro Kebajikan Umno akan meningkatkan bantuan daripada 5,000 kepada 10,000 bekalan makanan.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pertambahan bantuan sekali ganda ini akan disampaikan kepada Umno Bahagian menerusi Badan Perhubungan Umno Negeri di sini.

Menurutnya, ekoran beberapa kampung terputus hubungan kerana laluan dinaiki air hampir 2 meter, agihan bantuan itu mungkin memakan masa sebelum tiba ke destinasi.

Katanya, mereka berharap penduduk bersabar kerana pelbagai usaha dilakukan oleh semua agensi Operasi Banjir demi keperluan mangsa banjir di sini.

“Kita akan laksanakan agihan bantuan seperti mana yang diarahkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kepada pemimpin di peringkat akar umbi supaya ia memberi manfaat kepada golongan sasaran.

“Kita perlu menjaga sensitiviti rakyat memandangkan mereka menghadapi pelbagai dugaan sepanjang musim banjir kali ini,” katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, air Sungai Golok kekal pada paras bahaya, 10.31 meter.

Bilangan mangsa juga meningkat kepada 7,859 penduduk di 34 usat pemindahan banjir seluruh jajahan Pasir Mas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");