Laporan Eksklusif

Wanita Berlakon Buta Raih Simpati

KUALA LUMPUR : Baru-baru ini tular (viral) di aplikasi Whatsapp mengenai seorang wanita berlakon buta untuk mengemis meminta ihsan orang ramai memberikan duit.

Menerusi satu salinan perbualan melalui aplikasi itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Dataran Bandaraya dan gambar wanita berkenaan sempat diambil oleh salah seorang yang melihat perbuatan wanita berkenaan.

Wanita itu didakwa telah memasukkan wang hasil daripada penipuan yang dilakukan itu ke dalam bank dan jumlahnya mencecah belasan ribu ringgit.

“Dia kenal dengan perempuan yang minta sedekah tu sebab selalu ‘bank-in’ duit kutipan dekat bank. Simpanan sampai berbelas ribu, itu yang pecah tembelang.

“Ni pic (gambar) semalam kawan kita snap (ambil) selepas ‘warning’ dia.. terus cabut dari ala-ala raba-raba pakai tongkat terus angkat tongkat jalan…memang tak buta pun,”kata salinan perbualan tersebut.

Ujar penghantar mesej tersebut, beliau turut mendakwa wanita tersebut pergi ke bank untuk memasukkan wang RM1 berjumlah RM8,000 dan RM5 bernilai RM6,000.

Pada masa sama, menerusi perbualan tersebut, penghantar turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mudah memberi derma kepada peminta sedekah.

“Kalau pergi makan mana-mana, jumpa orang buta ni tak payah bagi derma… menipu ni,”tegasnya.

Namun begitu, cubaan Perak Today untuk menghubungi nombor di perbualan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");