Sukan Hari Ini

Wenger tak puas hati jadual aksi ketat

London: Pengurus Arsenal Arsene Wenger mengkritik jadual perlawanan musim perayaan Liga Perdana Inggeris apabila mendakwa ia jadual paling tidak adil pernah disaksikannya sepanjang 20 tahun.

Skuad Wenger berkunjug ke Bournemouth, dua hari selepas melayan kunjungan Crystal Palace tetapi pasukan pendahulu Chelsea hanya akan beraksi awal pagi esok selepas menewaskan Stoke 4-2 Sabtu lalu.

“Dalam tempoh 20 tahun, inilah musim Krismas yang paling tidak adil membabitkan jadual perlawanan,” kata pengurus berusia 67 tahun itu, yang mengendalikan Arsenal sejak 1996.

“Perbezaan tempoh rehat memang tidak boleh dipercayai, berbanding pasukan lain ia memang sukar dipercayai.”

Ketika jurulatih Perancis itu dilihat bakal menggilirkan pasukannya, pemain tengah Aaron Ramsey (gambar) dan Francis Coquelin selain pertahanan Shkodran Mustafi dijangka kembali ke barisan utama untuk berdepan Bournemouth di tangga kesembilan selepas direhatkan sewaktu mereka menewaskan Palace 2-0 Ahad lalu.

“Setiap perlawanan dalam Liga Perdana begitu mencabar hinggakan kami melangkah ke perlawanan berikutnya dalam tempoh 48 jam dengan jadual perlawanan yang membebankan,” kata jurulatih Perancis itu. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");