Perak Hari Ini

Wujud Pasukan Bersama Pantau Projek Agropolitan

IPOH: Kerajaan Negeri dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan mewujudkan satu pasukan secara bersama untuk memantau pelaksanaan Projek Agropolitan di Parlimen Lenggong dan Gerik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hal ini kerana projek berkenaan tergendala berikutan ia terlewat daripada perancangan asal setelah pelancarannya dilakukan pada tahun 2010.

Ujarnya, beberapa siri perbincangan dengan pihak kementerian telah dilakukan dengan menekankan aspek peringatan kepada pihak yang berkaitan untuk memastikan sesuatu projek yang telah dirancang hendaklah dilaksanakan.

“Kita harapkan kerjasama dan persefahaman yang telah dicapai ini akan membuahkan hasil dan akan mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

“Terima kasih kepada pihak kementerian KKLW atas komitmen baru yang mereka zahirkan kepada pihak kerajaan negeri Perak bagi meneruskan semula projek ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun kerajaan negeri memahami terdapat kesulitan berlaku sewaktu pelaksanaan projek berkenaan, namun beliau berharap agar pihak yang dipertanggungjawabkan termasuk RISDA tidak menjadikannya sebagai alasan.

Ujarnya, projek berkeluasan 1,011 hektar tersebut telah pun bermula dengan penanaman pokok getah dan ia juga akan menempatkan seramai 400 peserta.

“Tujuan kita mengadakan projek ini adalah untuk membasmi kemiskinan dikalangan rakyat dikawasan yang dikenalpasti

“Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa projek ini disiapkan kerana dari segi pelaksanaan yang hendak dilakukan itu telah pun bermula, ianya bukanlah mereka hendak bermula daripada kosong,” katanya lagi.

Mengulas berkaitan keutamaan peserta yang terlibat dalam projek tersebut, beliau berkata, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad akan dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan projek itu melalui Pejabat Daerah dan Tanah.

“Tentunya keutamaan akan diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut, dan kemungkinan juga penduduk di kawasan sekitar,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");